Friday, July 2, 2021

Fitnah: Antara Wahsyi & ar-Rijal Bin Unfuwah



🚇FITNAH: ANTARA WAHSYI & AR-RIJAL BIN UNFUWAH

Wahsyi adalah orang yang membunuh Hamzah (bapa saudara Nabi) ketika beliau masih dalam kekafiran. Kerana terlalu sayang kepada Hamzah, ketika Wahsyi terima hidayah memeluk agama Islam, Nabi memaafkan Wahsyi, namun Nabi memerintahkan Wahsyi menjauh dari Nabi, agar Nabi tidak teringatkan Hamzah. Wahsyi menjauh dari Nabi dan bersabar. Ketika terjadi fitnah Musailamah al-Kadzzab (Nabi palsu) di zaman Abu Bakr, Wahsyi sendiri yang membunuh Musailamah. Sehinggakan beliau dikenali sebagai orang yang membunuh orang yang paling dicintai oleh Nabi (Hamzah) dan juga orang yang paling dibenci oleh Nabi (Musailamah). Begitulah Allah selamatkan Wahsyi dari kekafiran dan fitnah Musailamah.

Beza ceritanya tentang Ar-Rijal bin Unfuwah. Suatu ketika, Abu Hurairah duduk bermajlis dengan Nabi dan beberapa orang sahabat yang lain serta di situ juga ada Ar-Rijal. Nabi mengatakan, salah seorang dari kalian dalam majlis ini akan menjadi penduduk neraka. Kemudian berjalan waktu, meninggallah seorang demi seorang sahabat yang berada di dalam masjlis tersebut, meninggal di atas Islam. Yang tinggal hanya Abu Hurairah dan Ar-Rijal. Abu Hurairah menjadi ketakutan, apakah dia yang dimaksudkan oleh Nabi. Sedangkan Ar-Rijal dikenal sebagai ahli ibadah, ahli Al-Qur'an.

Ketika terjadi fitnah Musailamah. Abu Bakr memerintahkan Ar-Rijal untuk pergi bertemu dengan Musailamah untuk menasihatinya. Namun Musailamah menawarkan separuh hartanya kepada Ar-Rijal. Ar-Rijal terfitnah dengan tawaran tersebut, lalu dia menyampaikan bahawa Jibril yang memberi wahyu kepada Rasulullah adalah Jibril yang sama memberi wahyu kepada Musailamah. Akibatnya hampir 40,000 orang murtad mengikuti kata² Ar-Rijal yang awalnya dikenali sebagai sahabat Nabi yang kuat ibadahnya. Sehinggakan ulama katakan fitnah yang datang dari Musailamah tidak sehebat fitnah yang datang dari Ar-Rijal. Akhirnya Abu Bakr menghantar bala tentera untuk menghancurkan golongan murtad Musailamah tersebut. Dan didapati Ar-Rijal mati sebagai seorang murtad dalam peperangan tersebut -waiyyadzubillah-.

Intinya, jangan pernah merasa sentiasa aman dari fitnah. Perbanyakkan berdoa agar diberikan istiqamah oleh Allah.

📚[Faedah secara makna dari al-Ustadz Usamah Mahri]

0 komentar

Post a Comment